Kenapa kita mudah melenting bila ditegur?
Pada pendapat saya, ada 2 perkara;
1, Dengki
2, Tidak boleh menerima Hakikat
Cuba ambil contoh, Bekas PM, Tun Dr Mahathir.
Bila ia tidak dapat hadir mesyuarat Apec di Seattle beberapa thn Lalu sebelum beliau meletak jawatan, Perdana Menteri Australia sifatkan Tun seorang yg Keras Kepala.
Tapi Tun tenang menerima teguran itu dan tidak melenting, malahan Perdana Menteri Australia yg sedar dgn kesilapannya dtg memiinta MAAF.
Saya pun kadang2 melenting juga bila ditegur isteri.....
Kenapa ye???
Saya pun ada beberapa pengalaman menegur rakan2 sepejabat dan dia melenting (mungkin bagi dia, tak melenting atau pun dia perasan dia DAH buat baik). Alasan dia berkelakuan sedemikian katanya kerana saya menegur dia sorang saja sedangkan orang lain saya tak tegur. Padahal saya menegur dgn ikhlas utk masa depan dia.
Sebenarnya ketika itu saya perasan rakan2 sekeliling kurang enak dgn kelakuan rakan saya ini. Tersentak dgn lentingan seperti menjatuhkan MARUAH saya, Sejak itu saya dah MALU nak menegur dia. LANTAKlah...kalau dia nak berjaya tanpa teguran. Walau bagaimanapun, saya telah MAAFkan dia, cuma...lebih baik saya tegur orang lain yg sanggup menerima teguran.....
Insyallah.....sama-sama kita menegur utk kesedaran diri...mana ada manusia yg tidak buat salah. Yg penting, kita tidak mengikut perlakuan salah yg orang lain buat. Tak mau aku ikut dia masuk NERAKA, biarlah dia buat salah dan TANGGUNG sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment