Wednesday, August 3, 2011

Peragut diberkas di Balai Polis



AloK Stak, 18 Juli 2011

KP tercicir ketika meragut rabu lepas. Pergi buat laporan hilang Kad Pengenalan.
Kena cekup.....Tuhan dah collect CASH tu.......Bertaubatlah........

Berhentilah jadi peragut. Kerja banyak terpaksa bagi kat orang ASING....

HANYA PERLU RAJIN JERR.....

Thursday, July 14, 2011

Di Suatu Petang




Petang yg sama, di tempat dan waktu berlainan.

INDAHnya Ciptaan Allah.



Wednesday, July 6, 2011

KANAK-KANAK di Mana2


Ini di Filipina, di negara kita macamana?? Kesian kan...

Wednesday, June 1, 2011

Kawan Pagi, Petang Lawan





Manusia pun ramai yg jadi begini kerana hasutan keTAMAKan.....

Monday, April 11, 2011

Antara Daun Kering dan Hati Kering

Ini DAUN Kering.



Ini pulak: Hati Kering:


Tiada rasa belas kasihan.

Beza Peguam & Nyamuk


Tuesday, April 5, 2011

WHAT ARE U THINKING???

Kadang2 kita ingat kita FAHAM.... RUPAnyer...SALAH tafsir.... Mungkin NIAT orang BAIK.....Kita SANGKA lain...

Sunday, April 3, 2011

PEMANDU LELAKI



Gini ghopo nyer Pemandu Lelaki.....

Tuesday, March 29, 2011

GURAU 5

bila berGURAU.....PANDANG2 suasana seKELILING......

Monday, March 21, 2011

PEROKOK - Dulu & Sekarang

Dulu-dulu : Orang hisap rokok nak halau nyamuk. Buang sisa rokok merata dalam hutan (sebab dia buang sisa dia merata2 kat dalam hutan.....)


Zaman Sekarang : Buang sisa rokok dalam lubang jamban, sebab dia hisap sambil buang sisa dalam lubang jamban.
Habis yang tabur merata2 tuuu..dia tabur sisa dia merata2 atas lantai ke??? EEEEEYEEEEEErrrrr.....kadang2 puntung pulak tak padam, berasaplah pulak bilik air sampailah puntung tu padam sendiri.

kesian pekerja dalam pejabat berhawa dingin. bila keluar bilik air (Toilet lah tuu...) bau rokok sluruh pakaian.....kekadang rambut pun berbau rokok.


TAK HERAN ADA NYERRRRRR....AKTA 1.05

Wednesday, March 16, 2011

BERSYUKORLAH

Di sebuah gurun ada seorang pengembara yang berkulit HITAM berjalan merentas padang pasir yang luas dan begitu panas...pengembara itu telah sesat sehingga bekalannya kehabisan...oleh kerana keHAUSan lalu matilah dia di tempat kejadian..... setelah mati datanglah dewi kepadanya....

DEWI : "wahai org HITAM aku sgt kasihan melihat nasib malang yg menimpa kau..oleh itu kau dibenarkan hidup semula dibumi.. tetapi kau mesti membuat 3 permintaan... akan aku tunaikan.. "


ORG HITAM: " baiklah..aku nak tiga benda yg aku telah lama aku idam kan...pertama aku nak minum air banyak2x.....kedua aku nak jadi PUTIH... dan ketiga aku nak tengok bontot pompuan banyak2x..."

DEWI: ooohhh senang sahaja permintaan mu itu.. akan aku tunaikan.... pling!!!!!

----------kehidupan kedua---------------
Lihat bawah .....
......
......
.....
.....






> Org hitam tadi telah menjadi
mangkuk TANDAS POMPUAN......:)
Lapik mangkuk pecah sebab kepala Orang Hitam tersangkut ketika
Gelojoh/panik/terperanjat keluar dari dalam mangkuk.
Moral of the Story: JGN MEMINTA YG BUKAN2
Segala yang kita ada pada hari ini adalah hak mutlak Ilahi. Selagi kita berkesempatan dengan nikmat & pemberianNya di dunia, syukurilah dengan setiap apa yang dianugerahi-Nya, Amin.

Tuesday, March 15, 2011

Adik Beradik

Kucing memang boleh tidur rapat2 begini.

Manusia memang TAK boleh, sebabnya;
1. adik-beradik - berebut HARTA
2. rakan sepejabat - berebut Kedudukan
3. orang politik - berebut Nama
4. gangster - berebut Kawasan.
5. dan sewaktunya......

Gurau 4

berGURAU biar kena CARA dan TEMPAT....

CERITA UNTUK DIRI SENDIRI

SEPETANG BERSAMA JETI Jalan di situ berlopak-lopak besar, terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.


Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.


Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut di sambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta, aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku hempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Tolol!Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur. " Assalammualaikum Nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan." Basuh sajalah, tapi, awas. Kalau calar kereta aku. Tahulah macamana aku nak ajar kau."Berkata sambil meliarkan mata pada Ery. Tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!


" Sudah nak? E" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak tengok, dan bagi sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemeja. "Kenapa ni? Gila?!"" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku. Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku pandang sahaja dengan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit , melayan meluat- melihat ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus. " eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang banyak macam ini?" . Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas." Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah? E, Ambillah semula,nak."Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki." Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.


Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati." Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu. Harga diri. --- "Be Happy with your present life.It doesn't mean anything if you're able to be like your idol. What's more important is to be yourself and be grateful with God's gifts to you. That's the best way to appreciate life! Yesterday is history, tomorrow is mystery, today is a gift......"

Sunday, March 13, 2011

KESELAMATAN.....

Selamat kah kawasan perumahan kita...... ??? sama2 kita renungkan...
...
Kat luar rumah...

....
Dalam rumah....

Monday, March 7, 2011

SEMANGAT KERJA DAH HILANG

Kalau dah Hilang Semangat Kerja.


Tak bersyukur ke ada banyak kerja kena buat?????
Kekadang kita memang tension bila kerja banyak...

Thursday, March 3, 2011

BUTA HATI atau HATI BUTA

Hati tak buta, orang ramai yg mengamal BUTA HATI...

Thursday, February 24, 2011

BERAS HARAM

Macam ni punya orang memang banyak.

Macam kerja CURI TULANG juga.

Contoh : MASUK OFIS LAMBAT, pergi BANK dan sewaktu dgnnya.......


Wednesday, February 23, 2011

JANGAN PANDANG ENTING WANITA PENDIAM




Mula Kerja 8.30 atau Sampai Pejabat 8.30

Yang mana betul?

Mula kerja 8.30 pagi atau Sampai Pejabat 8.30 pagi?

Cuba kita rujuk balik surat pelantikan, Waktu kerja 8.30 pagi atau Sampai pejabat 8.30 pagi.

Aku pun dah KONFIUS, banyak tafsiran.

Surat lantikan saya tertulis, Waktu Pejabat 8.30 pagi sampai 5.30 petang.

WORKING DAYS AND HOURS (dari prosidur syarikat)
5.1 The Company’s official working days and hours are: Mondays – Fridays : 8.30 a.m. to 5.30 p.m.
5.2 A one-hour lunch break for each employee shall be between 1.00 p.m. to 2.00 p.m. with the exception of Fridays where only muslim male employee shall have a lunch break from 12.30 p.m. to 2.30 p.m. to perform Friday Prayer.
5.3 The Company may vary the prescribed working days and hours depending on operational needs.5.4 Employee engaged in shift work - since the Company operates on a 24 hour basis, the time work commences and ends will be determined by the Company based on operational needs. The average working hours per week is 42 hours (excluding lunch break).

Emm, kena ada dalam pejabat waktu tu lah kutt...

Kalau gitu macamana kalau 8.30pg sampai kat besmen,
masih kat pantry(tengah minum/baru nak sarapan).

Semua itu kat luar pejabat ke???
Jawapan rasanya ada PADA diri Masing2....

Kalau dah biasa yg BAIK2(Halal), tentulah CARI yg BAIK2.
Bukannya mengikut yg TAK BAIK....

Ya Allah, Harap2 gaji yg saya perolehi Halal berkat usaha ku
utk makan minum aku dan semua keluarga ku.. AMIN.

Tuesday, February 1, 2011

DATANG LAMBAT & MULA KERJA LAMBAT

Antara DATANG Lambat dan MULA Kerja Lambat.
Yg mana satu TAK Betul?


















Setelah meneliti surat TAWARAN Bekerja dan Buku Tata Kelakuan Syarikat.
Pada pendapat saya, Dua-dua memang SALAH.

Itu salah dari segi peraturan, apa pulak JADI pada HALAL dan HARAM?

Makan GAJI HARAM ke????
Semua orang yg makan HASIL dari duit tadi, MAKAN Haram jugak...

Memang kadang2, ada staff yg masuk jam 9pagi.?

Dah ada waktu baru ke???? Atau surat pelantikan memang masuk 9pagi.

Emmm, saya pun ada seorang Kawan sepejabat memang
SELALU datang jam 9pagi.....
(surat lantikan HRD special kut..)

Jangan sampai jadi kebiasaan. Binasa HIDUP ooohh. Akhirat, antara dia dengan Tuhan le....

kalau Bujang, seorang makan duit HARAM.
Kalu dah ADA Anak2, UUUhh...anak2 pun makan Gaji HARAM.....

Bertaubatlah sebelum terlambat..

Pembuangan ROKOK merata-rata

Terbaru, masih hangat dlm di fikiran saya.
Seorang pemandu kereta mencampak rokok yg masih menyalah
keatas jalan tanpa memadamnya.

Dahlah membuang SAMPAH, api tu tak padam boleh
menghasilkan KEBAKARAN.

Orang macam ini, FIKIRAN SAMPAH ke?

Sunday, January 30, 2011

GURAU 3 - Jangan Sembarangan

Bila gurau dgn anak, pandang2 sekeliling.

Saturday, January 29, 2011

Pemilihan - kalau kita tolak cadangan macamana?

Kalau kita dicalonkan utk mmegang sesuatu jawatan, bolehkah kita tolak?
Apa perasaan orang yg mencalonkan dan mengenali kita?

Tuesday, January 25, 2011

ORI Catering


Catering pun ada ciplak ke???

Sunday, January 16, 2011

Sawah Lebak

Terkenang kampung halaman.
Ayah Bonda, sanak sedara....
Aku teringat zaman kanak2 aku merangkak di celah2 pohon padi yg sedang meninggi.
Kekadang ada ikan, kekadang ada tangkap belut.
Kadaaaang2, terjumpa ULAR....

Sunday, January 9, 2011

Masyarakat Taman Ala Kampung

Masyarakat Islam di Taman ini saya anggap
antara yg boleh diambil contoh oleh mana2
Taman2 di Bandar2 besar atau kecil.
Gambar di bawah boleh di intepretasi sendiri.
Majlis/Upacara berkhatan anak2 beramai2...
diarak keliling Taman.....

Thursday, January 6, 2011

TRELER TERBABAS

Terbabas.
Kenapa terbabas???
Treler terbabas????

Kadang2 treler dipandu lebih laju drpd kereta.
Kalau di lebuhraya, dia Highbeam kat kita yg sedang memandu di lane laju.
Fuhhhh, macam nak langgar kita. Pada hal kelajuan kita dah mencecah 110km/jam.
Kelajuan treler tu agaknya Lebih lah tuuuu....